Tahun 2008 sudah pun melabuhkan tirainya dan memberi laluan kepada tahun 2009 untuk memberi peluang kepada kita memperbaiki kelemahan masing-masing...
Pihak LCR juga tidak ketinggalan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang perlu ditinggalkan sebaik saja tahun 2009 menempatkan tempat.
TAHUN BARU AZAM BARU... !!!
APAKAH AZAM BARU LCR???
DARI SEGI FASILITI dan KESELAMATAN...
Renovasi demi renovasi dilaksanakan seperti menambah ketinggian LCR dari paras air dengan objektif yang jelas untuk mengelak daripada banjir yang melanda Kg. Keramat pada setiap musim hujan.
LCR juga bakal menyediakan tempat yang lebih privasi khas untuk pelanggan yang ingin bersantai dengan keadaan yang lebih tenang.
SELERA ANDA...
Pihak kami tidak hanya menitik beratkan soal fizikal premis sebaliknya kami sentiasa berusaha meningkatkan kualiti masakan seiring dengan selera pelanggan yang majoritinya gemar menghadap hidangan makanan laut.
PERKHIDMATAN PREMIS HIBURAN
Azam baru pihak LCR merangkumi setiap kawasan, bahagian premis hiburan tunjangnya bukan hanya pada minuman tetapi bermula dari bilik Disc Jockey, oleh itu peralatan baru telah menggantikan peralatan DJ yang lama bagi menghasilkan sistem bunyi yang memuaskan.
- SEBARANG KOMEN MAHUPUN CADANGAN SILA HANTAR KE EMEL KAMI :
legendcornerrestaurant@gmail.com