Seindah rasa di

LCR Beluran

Lcr Beluran meletakkan diri di dunia maya yang maha luas lagi maha besar... Anda mungkin salah seorang yang pernah meraikan hari istimewa di sini... teruskan melayari memori indah anda bersama Seindah rasa di LCR Beluran...

 LAYARI SEJARAH LEGEND CORNER RESTAURANT...

Legend Corner Restaurant dibina pada tahun 1997 pada masa itu premis ini masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan sekarang. Pada awalnya restoran yang terletak di Kampung Keramat 2 Beluran Sabah, dinamakan sebagai Restoran Mawar Merah. Mungkin ada yang sudah lupa tentang nama 'MAWAR MERAH' ini :).

Setelah agak lama berdiri sebagai restoran yang agak popular di Daerah Beluran, Legend Corner bukan sahaja meneruskan perkhidmatan katering malah menambahkan perkhidmatan lain iaitu pusat hiburan Karaoke Lounge. Pada masa yang sama premis ini diubah suai untuk menampung pelanggan yang datang dari dalam mahupun di luar daerah.
 
Pengubahsuaian dilakukan sebanyak 3 kali sehingga sekarang 2008. ( Gambar di atas adalah lcr pada masa kini)